Kami nginap di Hotel KT Muatiara...betul2 dalam town centre...seperti biasa la bawa kakyam dan fiza ronda2 di bandar...kami ke Pasar Payang....tinjau kawasan ..konon2nya nak tenguk suasana KT selepas pilihanraya kecil baru2 ni...dah nama nya cuti raya cina....banyak kedai yg tutup....hotel dan chalet fullhouse...belikan cenderahati untuk kakyam...baju batik dan keropok untuk dibawa balik ke indon kelak...Satu perkara yang menarikh tentang my husband ni...kalau namanya jalan-jalan...maknanya dia akan membawa kami ke serata tempat for sight seeing...kemudian rasa apa2 saja makanan ditempat yg dilawati ..dan...biasa la shopping sikit2...orang perempuan kan....so kami tinggalkan Kuala Terengganu menuju ke Cherating..singgah ke Pantai Batu Buruk...Chendering..Marang dan Dungun...
Translate
Saturday, January 31, 2009
Friday, January 30, 2009
Sesejuk mata memandang
Sesekali Abg Md Noor tersenyum atau tergelak ...terasa nikmatnya...kerana dalam keadaan diri yang dikategorikan " Celebral Palsy" atau lembam otak..tiada apa yang dapat dinikmati olehnya...baik zahir atau bathin...sebagai ibubapa kami redha dengan apa yang telah di tentukan oleh Allah...kerana ganjaran yang menunggu Abg Md Noor sedang menantikan di alam akhirat ...insyaallah...cuma sebagai ibubapa selagi mampu we are giving him the best..
Thursday, January 29, 2009
Cuti-cuti Malaysia.
Alhamdullillah sampai juga hajat kami untuk bawa kak yam dan anak2 makan angin...asalnya setakat ke Cherating dan Kuantan... tapi olih kerana fiza cuti sekolah selama seminggu pe lagi panjang le langkah ke hadapan...Kuala Terengganu destinasi pertama...so sebelum subuh 25 Januari kami pun memulakan la perjalanan ke pantai Timor...[ yang sebenarnya dok pujuk husband ke atas sikit iaitu Kelantan tapi permohonan di tolak ]...Kami solat suboh di Surau R N R Genting Sempah ]..akhirnya tiba di KTganu waktu Zohor...
Friday, January 23, 2009
Those were the days...
Nak imbas sikit waktu sekolah dolu dolu...walaupun sudah 32 tahun berlalu..tapi kenangan2 lama masih mengimbau-imbau di fikiran...logo yg di atas ni logo Alummni kami. ( ASSET ) ..ada sikit2 macam yg asal....dulu nama asal Sek Men Sains Negeri Sembilan.. sekarang ni pula dah tukar ke nama Sek Men. Tunku Jaffar...kami adalah group pioneer ...seramai 109 murid lelaki dan 34 perempuan...susah senang kami bersama...bermukim sementara di Sek Men King George Kelima di Seremban selama dua tahun sebelum berpindah ke sekolah yg sebenar yang terletak di Ulu Gentam, Kuala Pilah..kemudian masing2 dengan agenda sendiri..diatas usaha beberapa rakan2 yang prihatin sehingga kini walaupun tidak semua..namun alhamdullilah kami masing2 masih dapat mengikuti perkembangan diri dan keluarga...ada yang dah bermenantu dan dapat cucu...well hope that this will go on ....insyallah..
Sunday, January 18, 2009
Happy Birthday To Me
Alhamdullillah...semalam 17 Jan 2009..genaplah usiaku 49 tahun...isk isk isk...lg setahun masuk le club of 50's... actually selalunya makan2 je dgn family....tup tup ada org buat suprised beli kek ...thanx 2 my dear sweet bro n sis in law...Ila dan AbgN.....pe posing la dengan maid sekali...kenangan buat dia..nanti le cuci gamba bawak balik indon...
Alhamdullillah syukur kepada Nya...kerana impian kami berdua untuk menunaikan ibadah Haji sebelum mencapai usia 50 telah dimakbulkan...semuga Allah berkati kami sekeluarga...diberikan kesihatan yang baik dan sempurna...dan bahagia hingga ke akhir hayat ....amin
Thursday, January 15, 2009
Kak Yam
So ini la Kakyam, pembantu kami....yang menjaga rumah dan anak2 kami...orang medan ..
walaupun setahun saja bersama kami tp kemesraan dan kerjasama yang diberikan amat kami hargai...cuma jodohnya tak lama kerana ada yg lebeh memerlukan dia di kg...bulan febuari ni balik lah dia ke medan...walaupun berat untuk dia meninggalkan kami tapi kami terpaksa melepaskan...Segala budi dan jasa nya pada anak2 kami amat kami hargai dan hanya ucapan terimakasih yg dapat kami beri..Hanya allah saja yg dapat membalasnya..Emmm nak buek macamano....golo dek eh..!!
tunggu kedatangan maid yg baru je....
Insyaallah ...
Monday, January 12, 2009
Abg Md Noor
Dan ini putera kesayangan kami...Muhammad Noor Maula....berumur 19 tahun..buah hati pengarang jantung kami ...dia umpama sebutir berlian yang begitu berharga buat kami ...Allah telah menentukan keadaan nya...namun bagi kami setiap detik setiap saat..setiap minit..setiap jam dalam segala apa pun kasih kami bertambambah2 buat dia..kami redha dengan dugaan yang telah allah tentukan...banyak hikmahnya dan nikmatnya..semuga Allah memberikan kesihatan yang paling baik buat anakku Abd Md Noor.....amin
Asal nama Puteri Salju
So ini lah Puteri Salju kami...ala2 Snowwhite. gitu..masa nak letak nama blog...fikir punya fikir teringatlah siri Tv baru2 ni... PUTERI SALJU...puteri kami ni namanya Nurhafizah...belajar di darjah 4 di Sek Ren Kebangsaan Puchong Jaya..dan belajar di kelas agama di sekolah di dalama kawasan Surau An-Najah..Taman Mawar...orang nya memang la cute...tapi kalau bad mood hilang cutenya..he he biasalah tu..semua Puteri kami ni menjadi seorang anak yang solehah...disamping cemerlang didalam pelajaran...
Keluargaku Syurgaku
SALAM PENGENALAN
Subscribe to:
Posts (Atom)