Translate

Thursday, December 23, 2010

WUU 74..


kalau ikut hati kami nak pakai ajer suzuki apv tu..walaupun nampak gonjeng dan tak cantik tapi luas dalam nya....especially di ruang tengah untuk letak abg md noor...dan wheel chair pun senang letak di belakang..cuma disebabkan buahati tangkai jantung kami tu dah put on weigth...kami dah tak larat nak angkat di dalam posisi yg tinggi untuk letakkan dalam kete...so bincang punya bincang kena la cari yg rendah sikit..dan mustahak tpt letak wheel chair dan ruang tempat abd md noor mesti selese di tengah..kami tengah budget ni ...yg pasti ikut kemampuan...so kami pun cuba la nasib tender no 2 digit..WUU 74..dan jika tak berjaya buat jer interchange amik no lama..WNY 94.. pe2 pun janji kete tu suit abg md noor ok..

masih ada yang sayang...

semalam gi lari jap ke JPJ wangsa maju...mana taknya...surf intenet malam kemarin dok cari portal JPJ..tup tup tenguk closing date untuk tender no WUU tutup 23.12/2010...pukul 12 tgh..ingatkan dah tak cable...alhamdullillah....turun jer aku dari motor bila dah sampai kat jpj..tup2 ada yg menyapa...dah 14 tahun aku tinggalkan jpj ..tak sangka ada yg masih mengenali ku..konon2 nak ikut procedure la...alhamdullillah rezeki ku murah...ada ajer yg menegur dan dengan izin allah mudah urusan ku hari tu..dari amik borang sampai la submit..masih ada sayang kat aku rupa nya hehehehe....so aku pun pilih la nombor yg nak ditender..dan jawapan nya tunggu jer la nanti...coz ni open tender...apa yg beat tinggi dia la dapat..dah adatla tu...cuma urusan aku agak senang sebab ramai yang nak tolong...dapat tak dapat tu terpulang la pada rezeki....cuma aku terharu sebab berkat aku menolong org dulu dengan hati yg iklas allah permudahkan urusan aku...dan yg bestnya runner2 company yg mana aku tolong dulu tanpa harapkan apa2 balasan masa bertugas di jpj dulu sehingga kini mereka masih menghormati aku dan senyuman masih semanis ...MADU

Saturday, December 18, 2010

Sunday, December 5, 2010

Salam Maal Hijrah...

Selamat Menyambut 1 Muharam 1432HSempena pada 1 Muharam yang akan menjelang, saya menyusun 10 jari memohon maaf atas sebarang kekhilafan tanpa disedari yang menyinggung perasaan semuai. Yang baik itu semuanya adalah datang dari Allah S.W.T. dan yang buruk adalah adalah disebabkan kelalaian dan kesilapan yang dilakukan oleh diri ini sendiri. Jazakallah Khairun..

Thursday, December 2, 2010

mY WeddINg AnnivesarY yg ke 29...1 Disember ...Alhamdullillah...semuga hingga ke jannah...
















Ya Allah jadikanlah kami ini pasangan yang bahagia lagi dirahmatiMu selama-lamanya. Kurniakanlah kami keberkatan hidup, kedamaian hati dan kerukunan rumah tangga.

Ya Allah, hiasilah hidup kami dengan perasaan kasih, sayang, cinta dan rindu dendam yang berpanjangan dan tiada penghujungnya. Janganlah Engkau keringkan hati dan jiwa kami dari perasaan cinta dan kasih sayang kerana ia akan membawa padah yang tidak tertanggung oleh jiwa kami ini.
Ya Allah, kurniakanlah dari kami zuriat keturunan yang soleh dan solehah.
Ya Allah, izinkanlah kami menikmati hidup bahagia ini sehingga satu saat yang Engkau tetapkan bagi kami tanpa sedikit pun duka yang terpalit diantara kami di hati kami.



SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN KE-29 buat suamiku...

Terima kasih atas segalanya...