Translate

Thursday, September 19, 2013

Berkelah di Tasek Kenyir...Pakej Percutian 2 Hari 1 Malam..Mabeles...

Group Photo Ekpedisi Tasek Kenyir 16 - 17 September






Tasik Kenyir merupakan destinasi pelancongan yang amat terkenal di Negeri Terengganu. Tasik Kenyir juga adalah tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara yang terbina hasil pembinaan Empangan Kenyir pada tahun 1985.Tasik Kenyir terletak di Kawasan Barat Daerah Hulu Terengganu, kira-kira 55 km dari Bandar Kuala Terengganu. Keluasan kawasan Tasik Kenyir ialah 260,000 hektar. Di Tasik Kenyir juga terdapat 340 buah pulau yang pada asalnya ialah kemuncak bukit yang tidak ditenggelami air. elain menjadi lokasi tadahan air, Tasik Kenyir juga terkenal sebagai destinasi pelancongan dunia. Keindahan alam semulajadinya yang terdiri daripada tasik, jeram, air terjun, sungai yang kaya dengan spesies ikan air tawar, banjaran bukit, gunung, gua, hutan yang diliputi flora & fauna eksotik menjadi khazanah yang sangat bernilai untuk diterokai.

1 comment:

  1. Subhanallah,,, cantiknya keindahan alam miliknya,,, kita hanya menumpang menikmatinya,,, cemburu tengok kakak and the geng,, pasni nak pi gak lah klu ada trip ke sana,,,

    ReplyDelete