Translate
Thursday, September 19, 2013
Santuari Kelah Tasik Kenyir...It smell a bit fishy but ok ma..I Luv it..
Santuari kelah di
Tasik Kenyir iaitu terletak di Sungai Petang telah menarik perhatian aku
untuk berkunjung ke Tasik Kenyir satu hari nanti. Terus terang bila aku
Google berkenaan Sentuari
Kelah Tasik Kenyir dan cerita berkenaan beribu-ribu ikan kelah yang
jinak datang menyerbu membuatkan hatiku melonjak-lonjak ingin merasai
pengalaman itu sendiri.Santuari Kelah Sungai Petang terletak di Sungai Petang, Tasik Kenyir.
Jarak Perjalanan ke Pusat Santuari Kelah ini dari Pengkalan Gawi ialah
21 km dan mengambil masa 40 minit perjalanan dengan menaiki bot laju. Seronoknyer dapat berpeluang ke tempat ini mang aiii punya terpengun melihat beribu-ribu
kelah di sungai yang jernih airnya dan boleh dilihat malah ikan-ikan ini
tidak berganjak walaupun menyedari kehadiran manusia. Ikan-ikan Kelah
ini seolah-olah menanti pengunjung menghulurkan juadah kegemaran iaitu
'Pelet' ikan.Kalau dah melihat sahaja tanpa berpeluang
bermanja dan bersentuh dengan ikan kelah yang banyak tu memang tak sah
erk. Jadi jangan kedekut sangat untuk membeli pelet (makanan ikan) untuk
ditabur kepada mereka. Dalam masa beberapa saat beribu ikan kelah akan
berebut memakan pelet yang ditabur dipermukaan sungai. Kalau nak merasa
kena kerumuni Ikan Kelah ini cubalah untuk turun ke dalam sungai. Pasti
akan merasai pengalaman yang tak mungkin akan dilupakan sampai bila-bila..dan for myself..iam looking forward to go again...wallaaaa,,,
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
jelosss,,, sememangnya saya jeloos ngan ullosss hehe...
ReplyDelete