Translate

Monday, February 25, 2013

Cirit Birit- Penyebab dan penyembuh


Cirit-birit berlaku apabila pembuangan air besar adalah cair dan berair hingga tiga atau lebih kali sehari, atau keadaan yang tidak normal bagi seseorang individu. Cirit-birit adalah masalah biasa, dan dalam kebanyakan kes, ia boleh berlarutan selama 2 hingga 3 hari. Cirit-birit boleh disembuhkan dengan ubat tanpa preskripsi. Cirit-birit biasanya tidak teruk, dan berhenti dengan cepat tanpa banyak komplikasi dalam kalangan dewasa. Bagaimanapun, ini tidak bermakna kes cirit-birit yang serius adalah mustahil, dan janganlah mengabaikan gejala atau tanda serius yang mungkin timbul.
Cirit-birit biasanya adalah satu tanda jangkitan gastrousus, yang boleh berpunca daripada pelbagai sebab, termasuk:
- Makanan dan minuman yang tidak bersih – dicemari bakteria, dan kuman lain.
- Makanan yang tidak dimasak dengan betul, seperti daging, makanan laut, atau produk tenusu (telur) yang tidak dimasak dengan betul.
- Makanan yang tidak disimpan dengan kaedah yang betul, seperti susu atau makanan sudah dimasak.
Ubat seperti antibiotik, yang membunuh bakteria baik dan bakteria jahat, menyebabkan ketidakseimbangan mikroflora dalam usus sehingga mengakibatkan cirit-birit.
Penyakit yang boleh menjejaskan perut, usus kecil, atau kolon seperti penyakit Crohn’s dan sindrom iritasi usus (IBS).
Cirit-birit tidak bermakna anda tidak boleh makan apa-apa sepanjang masa 24 jam pertama. Anda perlu berhati-hati dengan apa yang anda makan, dan mengelakkan jenis makanan tertentu. Makan makanan tawar seperti nasi kosong atau bubur, kentang rebus atau lenyek, pisang, roti bakar dan biskut tawar.
Untuk merawat ciri-birit, anda perlu menggantikan bendalir dan garam yang hilang. Minum banyak air kosong, atau minuman lain seperti jus buah-buahan tulen. Dalam kes cirit-birit sederhana hingga teruk, rumusan elektrolit, seperti rumusan rehidrasi oral atau minuman isotonik hendaklah diambil.

petikan daro blog MUMMYNEMO

Sunday, February 24, 2013

Susu Badan...Alahai Si POlan...




dah masuk dua bulan SiPolan beranak kecik..baby2 kitten makin besar ..dia yg makin kurus...mana tak...4 ekor anak yg kuat nyusu...ari tu sempat check puting2 susunya..masyaallah naik bengkak..mungkin susu dah kurang tapi anak2 dok attack..last2 sapukan minyak gamat dan kurung la baby2 kitten tu dalam sangkar sementara puting si Polan hilang bengkak...kali ni en hubby mengalah jugak bila tenguk Along, Angah, Alang dan Acik cute2 semua...cuma kami senantiasa pantau dan halang tiap kali kucing2 tu nak masuk kedalam rumah coz takut landing kat tilam abg md noor yg senantiasa terbaring di ruang tamu...

Monday, February 18, 2013

Onn Mansor dalam memori ..Tiada kata-kata yang dapat mereda redam hati, melunak rasa apatah lagi menahan deru air mata.


Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un (إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ) i

....hiba...tak tau la...sampai la ni air mata masih mengalir..memang terkejut sungguh tetiba dah hampir 5 minit aku komen gambar idin...tanpa aku perasan org yg aku sangka sedang baca status aku...sebab nama nya di tagkan dalam status FB rupaka dah meninggal ..pg tadi tanpa ku ketahui..Baru semalam aku surf FB dan tenguk gambar2 yg di tagkan pada aku..seperti biasa arwah sering dan wajib tagkan apa sajer gambar Idin untuk aku sama2 menikmati photo2 anaknya..
Onn Mansor...my junior kat sekolah SMSNS Kuala Pilah...yg la ni STJ...sirahtulrahim terjalin di FB lantaran kami punyai anak yg sama ...anak yg istemewa..kami sama2 doakan kesejahteraan untuk anak2 kami..tak pernah jumpa arwah tapi macam dah kenal lama jer...pernah sekali arwah meminta sumbangan kerusi roda untuk Idin..dengan senang hati aku hulur sekadar yg mampu..dah janji akan singgah ke puchong jika di izinkan Allah SWT...masih tak percaya tapi itu la hakikatnya..Allah lebeh sayangkan beliau..

Friday, February 1, 2013

Blooper.....



minta someone to snapkan photo ni..dia tertekan rekod ...hahahahaha ..bila tenguk balik dah jadi macam robot plak kami berdua....ape2 pun tima kasih la pada si perakam..ada juga video kenangan..hahahahaha

Hari Wilayah..Satu pagi yang indah..










Hari Wilayah....1.2.2013...teman en hubby untuk majlis ' Istiadat Pengurniaan  Pingat ' di Istana Negara Jalan Duta..yg selama ni asalkan lalu simpang di Jalan Duta dok jeling2 hujung mata ajer..ye la tempat larangan dan eksklusif ...tahniah kepada yang tersayang Hj Abd.Razak Bin Mohd Elias...luv u..