Translate

Tuesday, August 20, 2013

Suka Duka APC JPH /JPV / DVS...dulu dan sekarang...kenangan sepanjang jalan

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) merupakan penghargaan Kerajaankepada anggota Perkhidmatan Awam yang telah memberi perkhidmatan yangcemerlang. Perkhidmatan cemerlang adalah perkhidmatan yang diberikan olehseseorang anggota PerkhidmatanAwam yang mutu atau penghasilannya melebihi daripada keperluan tanggungjawab biasa bagi jawatannya.......
 
Banyak kisah kalau nak dicitekan  bila sebut pasal APC......lebeh 16 tahun aku terlbat dalam urusan  APC ni dulu..dari mula edar borang hinggalah ke majlis....macam2 kenangan yg aku lalui....seronok dan gembira bila tenguk rakan2 dapat dan  sedeh bila ada rakan2 yg sepatutnya dapat tapi tak diberikan peluang,,,,sehingga kan ada yg telah kembali ke rahmatulah...rezeki tu dari Allah tapi kita manusia yg telah diamanah untuk menjalankan tugas harus cuba untuk membuat yg terbaik dan cuba berlaku adil dalam agihan2 yg diberi...tapi tak apa la itu bukan hak aku untuk mempertikaikan setiap keputusan yang di buat....sapa la aku...Kalau dulu  majlis APC akan disatukan dengan Hari Veterinar atau Hari Q...seronok giler ...berbaloi2 walaupun penat weh dok kejar satff yg tak isi borang....last minit dan yg paling happening bila ada yg nama naik tapi borang on the way hehehehe....bayang kan majlis gilang gemilang dia adakan di hotel2 ...menumpang Hari Q la..tapi tak kisah sebab bila tenguk raut muka staff  bawahan yg terpilih dengan begitu bangga naik ke pentas mengambil sijil...dan bila malamnya ada dapat attend dinner yg di bagi oleh KP....bukan sajer makan malam tapi di hidangkan dengan persembahan dari rakan2 DVS yg lain dari negeri2 ...berpesta kami 3 ari 2 malam...masa berubah...bila pindah ke putrajaya ....buat di dewan ajer la...kat bawah ni...dan kebelakangan ni di jamakkan MOA...srentak...MOA..DVS..DOF..dan DOA...bagi aku senang jer....PYD isi lnpt dan skt...PPP sahkan dan nilai...PPK nilai..dan finalise....Panel LNPT tugas memilih calon2...so..masing2 ada tugas..hargai la org lama yg masih belum diberi peluang..bg la markah2 yg menasabah dan berpatutan..semua org ada skt ..dan tugas2masing...jgn la emosi dibawa bersama-sama dalam urusan pemilihan...kalau tak betul ditegur cara elok..jgn la hal2 personal yg sikit dijadikan alasan yg remeh...pandang la sedikit jasa dan khidmat yg lama,,..apa2 pun bila dikenangkan masa terlibat sama dalam urusetia LNPT...tersenyum sendiri ,..macam2 ada..ada org kata senang la u bodek boss...demi allah sepanjang aku menjalankan tugas tak terfikir ma nak buat macam tu..malu dan masih bermaruah lagi...so bila dapat ...ada kata begitu...tak pe la..Allah tahu apa yg kita buat kan...adat mengata tu biasa.. kita  sebgai hamba   Allah .. banyak kekurangan...biar la..yg penting kita buat kerja dengan iklas dan banyak muhasabah diri serta bantu la rakan2 yg memerlukan pertolongan...so....org HQ ..sapa lagi yg boleh tolong rakan2 kalau bukan kita..tak rugi sesen pun..hargai la penat lelah dan usaha rakan2 yg datang dari jauh  yg ada hal2 yg perlu di rujuk..insyaallah Allah akan balas baik apa yg kita beri kalau tidak di dunia ..namun di akhirat kelak..waullahuallam...

No comments:

Post a Comment