Bersabarlah atas perbuatan mereka.
kerana Allah mencintai orang yang bersabar.
Pesan Rasulullah SAW kepada Muadz ketika akan mengutusnya untuk berdakwah ke Negeri Yaman:
“Takutlah kamu pada doa orang yang dizalimi,
kerana do’anya dan Allah tidak ada hijab.”
Dalam erti yang lain, pesan Rasulullah SAW tersebut dituliskan:
“Berhati-hatilah kamu terhadap doa orang-orang yang di zalimi
kerana tidak ada hijab antara Allah dan doa orang yang di zalimi,
doanya akan naik ke langit seperti api”.
(segera dimakbulkan inshaa Allah)
bagi sesiapa yang dizalimi,
janganlah kita risau dan sedih kerana Allah sentiasa bersama kt
Wallahualam
baru-baru ini aku diduga dengan kejadian hilang barang stok toner di opis....macam nak tercabut otak memikirkan ngapelah zalim bebenar la orgyg curi barang tu ..kuantiti yg agak banyak plak tu...disimpan dalam tempat berkunci pun org boleh cilok...kenapa la tak curi jer meja ke kerusi ker komputer ke..tak pasal2 aku kena g report kat Balai Polis Putrajaya...isyk isyk isyk...apa2 pun kena la buat laporan kat BKP..tak pe la wahai tukang chilok..CCTV dunia tak le nak hukum u...tapi Insyaallah dengan namaTuhan yang MAHA pengasih lagi penyayang..kita tunggu CCTV Akhirat ...ok....tungguuuuuuu..insyaallah
No comments:
Post a Comment