‘Apabila datang angin ribut, Nabi SAW membaca:
‘Ya Allah! Ku mohon kepadamu kebaikan angin ini, kebaikan yang ada di dalamnya dan kebaikan yang didatangkan olehnya. Aku berlindung kepadamu dari kejahatannya, kejahatan yang ada di dalamnya dan kejahatan yang didatangkan olehnya.’ riwayat Muslim
Dalam satu peristiwa, seorang lelaki datang ke masjid Nabi SAW. Baginda sedang berkhutbah Jumaat. Lelaki itu memberitahu Nabi kemusnahan yang berlaku akibat kemarau. Beliau meminta Nabi berdoa memohon hujan. Nabi mengangkat tangan memohon hujan. Allah memperkenankan doa Nabi SAW. Jumaat berikutnya lelaki yang sama masuk dari pintu yang sama ketika nabi SAW berkhutbah Jumaat juga
Ayat dan aduan yang sama dikemukakan. Nabi SAW berdoa:
Ya Allah! Turunkanlah hujan di sekitar kami sahaja dan jangan membahayakan kami. Ya Allah! Turunkanlah di atas bukit-bukau, tanah tinggi berkerikil, lembah dalam dan tempat yang ada pohon.’
No comments:
Post a Comment