Translate

Thursday, February 25, 2016

AWAS! Ini Petanda Penyakit Jika Anda Selalu Rasa Kebas Kaki & Tangan,

Apakah petanda sekiranya anda kebas kaki dan tangan, sakit di bahagian tertentu?

Menerusi Facebook, Hani Sofia kongsikan petanda-petanda penyakit yang mungkin anda hidapi tanpa anda sedari.

1. Sakit di bahagian bahu.
-Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

2. Kebas tangan :
-Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.

3. Kebas tangan kiri dan lengan :
-Tanda-tanda lemah atau sakit jantung.
Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.

4. Kebas kaki :
-Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.

5. Sakit tapak kaki :
-Menandakan buah pinggang lemah.
Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.

6. Sakit tumit kaki :
-Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

7. Rasa panas di tapak kaki :
– Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.

8. Gatal di celah-celah jari kaki :
– Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

TANDA-TANDA DALAMAN KEPALA.

Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

1. Pening / sakit di bahagian depan kepala :
-Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

2. Pening /sakit di bahagian belakang kepala
-Bahagian atas : Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
-Bahagian bawah (tengkuk). :Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

3. Sakit kepala dan rasa gas keluar dari telinga :
-Menandakan penyakit migrain.

4. Bisul terjadi di kepala:
-Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

5. Rasa pening yang memusing
– Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

6. Mulut / kerongkong / lidah loya / muntah.
-Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.

7. Muntah darah
-Darah merah :
Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
– Darah hitam:
Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

8. Lidah rasa tegang dan pendek :
-Tanda sakit jantung.

9. Keluar air liur yang pekat :
-Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

10. Kerap kencing :
-Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran

11. Air kencing berkapur :
-Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.

12. Air kencing berminyak :
– Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.

13. Air kencing pekat berwarna coklat :
– Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.

14. Air kencing berdarah :
-Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

 BUANG AIR BESAR

1. Cirit -birit / kerap buang air besar :
-Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar
. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.

2. Sembelit:
-Membersihkan toksin dari usus kecil.

3. Najis berdarah
– Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
– Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.

4. Najis berwarna hitam :
– Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

5. Badan:
-Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.

6. Sakit menyucuk :
– Proses menyeimbangkan urat saraf.

7. Sakit sengal:
– Menandakan luka di dalam badan.

8. Sakit menyentap:
– Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.

9. Sakit menegang :
– Proses melancarkan pengaliran darah.

10. Badan terasa berat/ malas/ lenguh .
-Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan

11. Badan terasa panas .
-Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

12. Badan terasa ringan :
– Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

13. Rasa takut mengejut.
– Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

14. Cepat naik darah / marah :
– Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

15. Rasa bimbang dan takut :
-Sistem paru-paru yang lemah.

16. Rasa seronok atau bimbang tanpa sebab :
– Sistem jantung yang lemah.
– Sistem saraf otak yang lemah.
– Masalah pengaliran darah.

”Semoga Bermanfaat.” - [via mynewsvibes.blogspot.com]

Ketahui Tips & Cara Membuang Angin Dalam Badan

Angin dalam badan membuat ramai kurang selesa. Seseorang yang sihat juga tidak terlepas dengan sindrom angin banyak dalam badan.

Di sini kami kongsikan cara mengesan angin dalam badan dan cara untuk membuang angin tersebut.

PETUA BUANG ANGIN

Tanda-tanda angin banyak dalam badan:
• Rasa lesu/letih/tidak bertenaga.
• Selalu rasa kebas/lenguh/sengal.
• Tapak tangan/kaki berasa sejuk.
• Selalu menguap/mudah mengantuk.
• Sukar bernafas/nafas pendek.
• Rasa ketegangan di tengkuk dan pinggang.
• Kulit kering.
•'Muscle spasms' waktu tidur/jaga.
• Perut berangin.
• Sakit kepala/migraine.
• Perasaan mudah marah.
• Hilang selera makan.
• Hilang/kurang nafsu seks
• Dan rasa ketidakselesaan badan.

Cara dan Bahan-bahan :

1. 3 sudu halba direndamkan halba dalam air dalam 2 minit dan tos-kan seketika.

2. 3cm halia muda diparut

3. 4 Ulas bawang putih

4. 15 biji lada hitam. Semua bahan-bahan di atas. Ditumbuk halba sehingga halus hancur dan kemudian dicampur halia ,bawang putih last masukkan lada hitam. Tumbuk sampai hancur. Kemudian bahan-bahan tersebut digentel kecil seperti majun. Boleh disimpan dalam peti sejuk letak satu bekas.

Jamu ini boleh diambil 2 biji pagi dan 2 biji malam. Jika diamalkan perut akan kempis.

* Tips cara makan ini:

Minum dgn air suam.
*badan akan ringan, angin akan keluar dan mengempiskan perut.
*perempuan mengandung tidak sesuai diamalkan.
Selamat Mencuba - [Artikel asal mynewsvibes.blogspot.com]

Monday, February 22, 2016

Jika Anda Tertelan Gula –Gula Getah

Chewing Gum
Baru2 ni aku tertelan chewing gum...ghisau gak...tapi article di bawah ni bila di baca legaa noo

Sumber Babab Net.

Semenjak kecil, kita sering dinasihati orang tua untuk tidak menelan gula-gula getah kerana dikhuatiri ianya akan kekal di dalam perut. Lebih mengerikan, ada yang membuat cerita bahawa perbuatan tersebut boleh mengakibatkan sekatan pergerakan jantung.Namun, hasil daripada kajian saintifik, kenyataan tersebut ternyata hanyalah sebuah mitos dan tidak lebih daripada itu.Jadi, apa yang sebenarnya berlaku kepada gula-gula getah tersebut sekiranya ia ditelan secara tidak sengaja..
Untuk pengetahuan anda, gula-gula getah diperbuat daripada asas getah, bahan pemanis, pewarna dan perasa. Disebabkan asas getah tersebut yang merupakan hasil campuran elastomer, damar, lemak dan lilin, ia tidak dapat dicerna, membuatkannya sukar untuk dipecahkan seperti bahan makanan lain.
Walaubagaimanapun, ini tidak bermaksud gula-gula getah tersebut akan kekal melekat di dalam perut kerana banyak lagi makanan lain yang sukar dihadamkan sepenuhnya.Apa yang berlaku adalah gula-gula getah tersebut akan disalurkan ke dalam usus badan sehinggalah ia sampai ke intestin sebelum dinyahkeluar dari sistem badan.Jadi, anda tidak perlulah risau kerana gula-gula getah tidak mampu mengatasi fungsi tenaga usus, walaupun bersifat melekat.Tetapi, ini bukan bererti anda boleh menelan banyak gula-gula getah dengan sesuka hati kerana air liur yang ada hanya boleh menembusi bahan pemanis dan sebagainya, dan bukan hasil campuran yang terdapat dalam asas getah.Perbuatan tersebut, jika dilakukan dalam masa yang singkat, mungkin boleh menyebabkan risiko sekatan sistem penghadaman, terutama sekali pada kanak-kanak, yang mempunyai saluran penghadaman yang lebih kecil berbanding dengan golongan dewasa...

Sunday, February 21, 2016

All about Rohani..my Ex maid..

ni was in year 2010..our vacation in langkawi island..


Ani and hubby kang Misra


Rohani...the lady from medan was my fifth maid.. Hardworking...pandai masak..walaupun tak masak untuk kami..tapi rajin masak untuk my dotter...just name any thai food...she knew how to cook...and my dotter's feveret maid...and for my son...selalu buat cake..sedap cake dia tanpa butter just flour minyak masak ..santan dan gula...lembut..pernah bawa ke opis...member kata sedap...she only served us about less than 3 years...ada plak mamat jawa dari klang sambar..ye la she is a window...so dah nak kawin tak nak halang...maid2 ni biasa la baik macamana pun ada gak kerenah  juge Ani tak pernah tunjukkan muka masam kalau di tegur...lagi pun rasanya sebagai majikan saya jarang tegur maid...coz kerja coz most of them take good care of my special son..dan  itu pun tujuan utama kami  amik maid...Ani kawin dengan Misra..a duda from Kg Sementa Kapar Klang...sedeh nak lepaskan dia ,,,namun sirathulrahim kami masih utuh..Pertama kali ziarah dia..agak terkejut bila melihat keadaan dia..tinggal di bangsal tempat org turun memancing di kuala sungai sementa..yg ada sebuah pondok buruk satu bilik yg bg aku sesuatu yang menyedehkan..dimana sewaktu dgn aku ..dia agak mewah...bukan nak bersangka buruk cuma sedeh....nanggis aku waktu memeluknya..Pondok tu pondok suami yang menjalankan khidmat sewa bot untuk org memancing...Ani kata ..takpe la asalkan dia bahagia...sedangkan yg aku tahu hubby ani ada tempat tinggalkan yang sempurna ...risik punya risik kehadiran ani tidak berapa di terima oleh keluarga hubby...sabar  ajer ..so semalam tetiba teringat untuk ziarah dia..lantaran hampir 5 tahun anak2 tak jumpa...Alhamdullillah ....ani kelihatan ceria ...bangsal yg agak usang dah di ubahsuai dengan sedikit sentuhan ...Aku tahu Ani seorang yang tabah dan baik...dan Misra telah menjaga dia dengan baik...punya la seronok dengar kami nak datang..siap2 di masakkan asam pedas ikan pari kegemaran pak majikan nya..iatu suami ku...dan Aku yang dari pagi menyediakan some foods untuk kami makan bersama...dan happy giler kami.. bagi aku....aku tetap sayang dan amik pot mantan  maid2 aku...khidmat mereka menjaga anak aku yg OKU  tu la yg amat aku  hargai...dan sedikit cenderahati barang2 yg aku beli  sewaktu aku vacation ke luar negara sempat aku titipkan buat nya...suka dia...Buat Ani...Terima atas atas khidmat anda menjaga harta dan anak2 kami dahulu...semuga ikatan sirahtulrahim kita tetap ON sampai   bila2...semuga ani berbahagia di samping Kang Misra...hingga ke jannah...LUV u Ani..

APC 2016....Bismillah.Sesungguhnya,yang buruk itu datang daripada diri saya sendiri dan yang baik itu datang dari Allah s.w.t.


Alhamdullilah...setelah 35 tahun berkhidmat dalam sektor awam...ni la kali kelima aku diberi peluang untuk terima APC..Terima Kasih Allah kerana memberi kesempatan...aku percaya pada kada dan kadar...diri yg kerdil ini senantiasa rasa tidak layak  untuk terima  setiap anugerah yg telah diberi..Tamatnya sebuah perkhidmatan dengan kenangan manis...Alhamdullillah..Amin..Buat semua ketua2 ku yang terdahulu....terima kasih atas augerahkan yang diberi..atas kepercayaan yang ditunjukkan kepada diri ini...aku sering memaklumkan kepada rakan2...APC bukan sesuatu yang  boleh di minta2...boleh dipaksa untuk dapatklan...semua kakitangan layak berdasarkan markah2 yang diperolehi...Ketua hanya perantaraan yang dipilih  oleh Allah ...dan selebihnya Allah yang akan menentukan..Sebagai urusetia yang menguruskan hal urusan LNPT / prestasi ini  aku dah masak dengan perjalanan dan percaturan dalam menentukan sapa yang layak dipertimbangan...memang la ada ketidak adilan yang berlaku...pengalaman ku selama 16 tahun membantu boss bkp dlm susunan ppsm banyak pengalaman manis dah pahit dan demi Allah tidak pernah sekali aku mengunakan kedudukan sebagai urusetia untuk kepentingan diri sendiri...tak percaya...tanya2 la boss yg terlibat...hehehehe aku pernah di katakan senang la  baik dengan boss...hemmm ye la tu...takpe hanya Allah saja yg tahu...kadang2 heran juga dengan setengah kakitangan yang baru....agak emosi dengan markah yang diperolehi..sejarah dulu ..ramai juga yang kecewa ...tapi cuma tak dapat meluahkan seperti sekarang dengan ini..dengan adanya wassup....instagram tweet..dll...kadangkala komen2 yang agak kasar sehinggakan timbul rasa kurang senang bagi yang membaca ..Aku selalu bermain dengan emosi sewaktu kendalikan hal ppsm ini dulu...mana taknya .. yang layak dapat nama tak naik...ada boss2 yang sehingga pencen atau meninggal pun tak dapat peluang...namun demikian tak dinafikan nama2 yang sering naik dan dapat hampir 80 peratus memang cemerlang..walaupun apa pun semua itu ada tugasan manusia yang sememangnya tidak maksum...Ketentuan Illahi adalah yang sebenarnya...Buat  para penjawat awam sekalian..ingatlah...APC tu adalah bonus dari Allah..doa dan usaha selain dari rezeki adalah yang paling baik...berfikir la secara positif..Insyaallah...



Thursday, February 18, 2016

My BFF..Kamariah Bt Mahmud..dulu kini dan selama2nya...




me n kay.

me no 93 n kay no 92..what a coincidence..



16.2.2016...APC 2016..my 5th career award..Alhamdullillah..
Tamat la sudah kemuncak sejarah perkhidmatan saya  sebagai seorang penjawat awam...Anugerah APC yang ke 5 kali  ini merupakan anugerah yang paling istemewa buat diri ini...Syukur kepadamu Ya Allah...kau berikan kesempatan untuk aku akhiri dengan meraikan bersama-sama seorang rakan sahabat ..my dear good fren ...Kay... 17.2.2016 cukup sebulan aku bersara...dua minggu pertama aku turun dua kilo...hehehehe mana tak..kalau dulu 7.30 pagi jer...berdering ext 2168..maka berbrekfast la kami ...port biasa di DCA...mungkin org tak tahu..selama ni kami mengamalkan belanjer minum hari2...today me 2morrow dia...bila pencen tiada lagi teman minum pagi..teman ke sana ke sini..Namun  sapa sangka kami berdua sama-sama di anugerahkan Penghargaan Khidmat Cemerlang Tahun 2016...dan tempat duduk di dewan pun sebelah menyebelah..aku no 93 ..Kay no  92...Ya Allah seronok giler den...apa2 pun saat yg paling mengharukan  bila kami sama2 naik ke pentas untuk menerima penghargaan...Alhamdullillah...kami digelar twins di opis...biasa kalau ada kak zihan dan lah kak kay...hehehehe..apa2 pun semuga beliau sihat menjalankan tugas untuk beberapa2 tahun lagi....yang pasti kita tetap BBF ok...sayang awak Puan Kay..