Translate

Sunday, January 13, 2013

Nasi Mandhi aka Nasi Arab'..Resipi Bonda'

Nasi Arab @ Nasi Mandhi

Bahan-bahan:

3 cawan beras basmathi PUSA -dicuci dan direndam selama 20 min
4.5 cawan air rebusan/stok ayam - atau kuantiti air mengikut jenis beras
garam jika perlu sbb stok/rebusan ayam dah letak garam
sedikit zaffran -akak guna pewarna kuning

Bahan utk menumis:

1 sudu besar minyak sapi
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 ulas bawang merah - dimayang halus
1 ulas bawang putih- dimayang halus

Cara membuat:

Beras dicuci kemudian ditoskan
Panaskan minyak sapi dlm periuk. Masukkan bahan tumis
Goreng hingga naik bau/kekuningan
Masukkan stok ayam, apabila didih masukkan beras.
Tanak hingga kering, kemudian masukkan pewarna kuning. Biarkan seketika
Kemudian gemburkan nasi guna garpu
Sedia dihidangkan bersama lauk pauk

Stok Ayam (utk masak nasi)

1 ekor ayam saiz sederhana- dipotong 4
2 inci halia - diketuk
1/2 sudu kecil serbuk zafran (ganti kunyit je)
1 sudu kecil lada hitam biji
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1/2 sudu kecil buah pelaga
1/2 sudu kecil cengkih
2 helai daun Bay
garam secukup rasa
air secukupnya (supaya ayam tenggelam)

Cara membuat:

Rebus ayam selama 45 minit bersama bahan2 diatas.
Kemudian angkat dan toskan ayam. Tapiskan air rebusan utk masak nasi.

Ayam Panggang

Bahan Perapan:

1 sudu teh zaffran - akak ganti dgn skit serbuk kunyit
1/2 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk rempah kabsah (lihat bawah utk resepinya)
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu kecil garam

Aluminium foil utk balut/bungkus

Cara membuat:

Ayam yg telah direbus tadi dilumurkan dgn bahan perapan.
Letakkan atas aluminium foil, balut kemas2.
Bakar dlm oven selama 1 jam pd suhu 180C utk menghasilkan ayam yg lembut.


Sos Salata:

Bahan-bahan:

2 biji tomato
1/2 biji bawang besar
2 biji cili besar
5 tangkai cili padi
sedikit daun ketumbar
sedikit garam
Jus dari buah lemon.

Cara penyediaan:

Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja.
Jangan sampai terlalu hancur.



Bahan - bahan:

1 sudu makan bunga cengkih **
1 sudu makan lada hitam **
1 sudu makan jintan manis **
1 sudu makan jintan putih **
2 sudu makan biji ketumbar **
1 sudu makan buah pelaga **
1 sudu buah pelaga hitam (black cardamom pods) **
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh kunyit

Cara penyediaan:

1. Goreng tanpa minyak bahan2 yg bertanda ** sehingga naik bau dan angkat.
2. Kemudian kisar semua bahan sehingga hancur.
3. Simpan rempah yg telah dikisar didalam bekas yg kedap udara.

Jika tiada buah pelaga hitam, boleh gantikan dgn buah pelaga biasa.
Serbuk rempah ini boleh juga digunakan pada semua masakan ala arab termasuklah ayam dan daging.


dipetikan dari https://www.facebook.com/pages/Resepi-Bonda/276050199119582

Saturday, January 12, 2013

Kebebasan bersuara

semalam aku ada komen status someone kat FB.......dikaitkan  komitment a few rakyat malayisa  yg involve dalam HKR 112 di Satdium Merdeka yesterday .. yang muslim ...dengan amal ibadah di tanah suci mekah almukarammah....terkilan jugak bila baca tapi tak pe la itu hak2 masing untuk menulis....aku cuma beri sedikit pandangan ...dan dibalas balik komen tu ..takpe la...tiada niat lain dalam hati cuma nak beri view jer...Bagi aku...apa yg berlaku semalam adalah satu keadaan yg tiada paksaan ..kerahan atau yg diWajibkan..kehadiran  mereka atas dasar apa yg mereka ingin suarakan...tiada jajan diberi...tiada makanan yg percuma malahan ada pungutan sumbangan  wang lagi ...aku memang lama ikuti hal2 kebangkitan rakyat ni...tak kira dimana  dan apa jua ...tapi tak adil la kalau nak di kaitkan dengan hal2 yg demikian...tak la boleh nak pertikai atau persoalkan keupayaan sesaorang tu ....bagi mereka yg muslim di HKR 112 semalam adalah dari semua jenis bangsa...melayu...cina....india..kadazan ...murut dll...jadi setiap org sebagai umat islam tentu ada keinginan untuk ke tanah suci mekah untuk menjadi tetamu Allah SWT..dan  seperti aku juga bila dah sampai masa ...persiapan haruslah dibuat...dari segi mental dan fizikal... perbanyakkan amal ibadat...sembahyang taubat dan hajat ...kerana bila sampai disana nanti kita di permudahkan segalaa urusan ...untuk menjalankan ibadah umrah atau haji...hanya dengan izinNya ...pengalaman diri sendiri...sebelum pergi bermacam2 cerita didengar..risau dengan kemampuan diri sendiri..walaupun sebelum pergi bermacam2 usaha dah dibuat,,,alhamdullillah ....tiada halangan dan dengan IzinNya dipermudahkan segala urusan pergi dan balik...melihat dan mendengar sendiri dugaan yg dialami oleh jemaah lain...dalam hati cuma boleh istifar...so the moral of the story...kita kalau boleh jgn la nak meragui keupayaan umat islam yg lain dengan apa yg mereka buat di sini dengan apa yg mereka akan alami bila ke sana nanti ...semua ada kerja Allah dan kita sebagai hambanya hendaklah selalu muhasabah diri ...dan mengingati kekurangan diri...so pada someone yg aku bg view tu maaf jika kata2 aku menyinggung hati tiada niat  dihati ...sesunggunya yang  baik tu dari Allah SWT dan yg buruk tu pasti dari diri ni...

Friday, January 11, 2013

Layan diri specially for my better half...


Kasih, kenanganku
Ingatkah saat saat dulu
Kasih, apakah dirimu
Merasakan semua itu
Ke mana pun langkahku pergi
Ku masih melihat bayanganmu cintaku
Dan kemana pun arah anginku berlari
Hati ini masih kau miliki
Lelaki ini yang selalu mencintamu
Selalu, tanpa ragu
Lelaki ini yang selalu memuja
Hanya dirimu
Yang bertakhta dalam sanubariku
Sanubari ku
Aku yang mencintakan mu
Hanya dirimu…
Karena cintaku, tak berbatas waktu
Karena cintaku, tak mengenal jenuh hatimu
Hatimu…

Tuesday, January 8, 2013

Berdoa Kpd Allah Moga Dihindari Dari Sonamu

Imam Nawawi mengemukakan beberapa hadis. Saya menyebut beberapa darinya sebagai panduan kita bersama supaya sentiasa kembali kepada Allah dalam semua keadaan, terutama apabila mendengar tentang ribut seperti Sonamu ini:

‘Apabila datang angin ribut, Nabi SAW membaca:


DSC00490

‘Ya Allah! Ku mohon kepadamu kebaikan angin ini, kebaikan yang ada di dalamnya dan kebaikan yang didatangkan olehnya. Aku berlindung kepadamu dari kejahatannya, kejahatan yang ada di dalamnya dan kejahatan yang didatangkan olehnya.’ riwayat Muslim
Dalam satu peristiwa, seorang lelaki datang ke masjid Nabi SAW. Baginda sedang berkhutbah Jumaat. Lelaki itu memberitahu Nabi kemusnahan yang berlaku akibat kemarau. Beliau meminta Nabi berdoa memohon hujan. Nabi mengangkat tangan memohon hujan. Allah memperkenankan doa Nabi SAW. Jumaat berikutnya lelaki yang sama masuk dari pintu yang sama ketika nabi SAW berkhutbah Jumaat juga
Ayat dan aduan yang sama dikemukakan. Nabi SAW berdoa:


DSC00488

Ya Allah! Turunkanlah hujan di sekitar kami sahaja dan jangan membahayakan kami. Ya Allah! Turunkanlah di atas bukit-bukau, tanah tinggi berkerikil, lembah dalam dan tempat yang ada pohon.’



Sempoi dan santai....



Jika engkau minta intan permata
Tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang
Dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia
Akan aku coba
Ku hanya mampu jadi milikmu
Pastikan kau bahagia
Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan kamu
Sayangku jangan kau persoalkan
Siapa dihatiku
Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu
Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan kamu
Sayangku jangan kau persoalkan
Siapa dihatiku
Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu
Sayangku jangan kau persoalkan
Siapa dihatiku
Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu
Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu

Thursday, January 3, 2013

Kasih Ibu...kisah Si Polan lagi...




dulu aku la yg paling tak berapa nak manjakan sangat Si Polan..kucing angkat budak2 kat rumah ni...tapi sejak aku  saksikan sendiri kucing ni,,dalam saat melahirkan babies kitten ...tetiba aku rasa sayang plak dgn kucing ni..hari2 aku ngadap ...dah masuk hari yg ketiga da...setiapkali  babies kitten ni menyondol perut ibu nya,,Si Polan akan mengembangkan kedua  kaki depan dia seolah2 rasa ngilu bila keempat anaknya dok hisap putingnya...dan  Si Polan memandang ke arah ku ...alahaiiiiiii...