Translate

Monday, December 16, 2013

Petua-Petua Menghadapi Pertengkaran Suami Isteri

• Jika terjadi pertengkaran, maka janganlah mencari kelemahan pasangan kita. Dan tidak wajar pertengkaran tersebut hanya ingin mencari kemenangan. Tetapi usahakanlah untuk menyelesai kan masalah secara bersama.

• Jika pertengkaran itu menyangkut tentang satu topik, janganlah masalah-masalah lain dimasukkan sama Kerana ia akan menjadikan suatu pertengkaran yang besar yang boleh membawa bencana.

• Batasi kekasaran jika berlaku pertengkaran. Jangan bertindak menggunakan fizikal seperti memukul, melemparkan barang dan sebagainya. Cara ini tidak akan menyelesaikan masalah malah akan menimbulkan masalah yang lebih besar. Di dalam pertengkaran, gunakan bahasa yang sesuai agar pasangan tidak tertekan. Kata-kata yang menyakitkan hatinya seperti: "Ini semua salah kamu...!", "Engkau bodoh...!", " Engkau selalu melakukan kesalahan... !" dan sebagainya. Sebaliknya gunakanlah perkataan yang lembut seperti, "Hati saya luka kerana perbuatan itu...", "Kamu tak sedar, betapa hancurnya hati saya..." dan lain-lain.

• Setelah bertengkar, jangan biasakan diri suka menyendiri, kemudian menjauhkan diri dari pasangan hidup. Jangan memisahkan diri kerana ia tiada nilainya sama sekali dalam perkahwinan. Bahkan ia merugikan hubungan suami isteri.

• Jangan cuba menggunakan seks atau wang untuk membalas pertengkaran kerana cara ini akan menyebabkan terjadinya pertengkaran yang lebih hebat.

• Jangan membiarkan pihak ketiga ikut serta dalam pertengkaran keluarga. Kehadiaran pihak ketiga misalnya mertua, ipar, adik beradik hanya akan menambahkan kecurigaan dan mungkin menambah menyala api pertengkaran. selesaikan secara baik antara suami isteri.

• Jangan bertengkar di depan anak-anak kena ini akan menjadikan anak-anak bingung dan tertekan perasaan. Jika ini berlaku, akan ujud banyak lagi masalah lain.

dari isuhangat blogspot...

hahahaha ....sebenarnya untuk diri sendiri yg utama...walaupun dah kawin hampir 3o tahun tapi rasa macam baru kawin semalam jerr...hehehehe..apa2 buat pendoman bersama...bak kata P.Ramlee dalam lirik lagu beliau.......

        ......Sedangkan lidah lagi tergigit .Apa pula suami isteri........




TIPS: Tidur pasang air-cond

Kebanyakan dari kita mungkin hari2 tidur dengan air-cond terpasang hingga ke pagi. Bila bangun je esok paginya, selalunya kulit ka , anak tekak ka mesti terasa kering. Ada sesetengah model air-cond dilengkapi sistem moisture (kelembapan).

Bagi jenis model yg biasa2 ni...aku nasihatkan letakkan segelas air dalam bilik tu. Esok pagi tgk! Air akan berkurangan. Ini bagi mengimbangi kekeringan dlm bilik tu. Memanglah bila pasang air-cond bilik rasa sejuk tapi udara tu jenis udara dingin kering. Cara lain ialah byk minum air putih, nanti asyik terjaga mlm nak terkencing pulak. Apa2 pun selamat cuba..bro!

petikan dari http://isuhangat.blogspot.com/2009/10/tips-tidur-pasang-air-cond.html

Saturday, December 14, 2013

Pening Arrrrrr..Maid oh Maid

Aku diduga oleh Allah dengan tidak baliknya maid dari indon yg diam tak diam masuk 2 bulan dah..mula2 gara2 accident sewaktu bercuti yg melibat kecederaan pada beliau dan salah org anak kecil...menyebabkan dittunda tarikh kembali berkerja....dah masuk ini 7 maid aku....selama 13 tahun aku guna kan khidmat maid..kalau  hal2 kecil tentang kualiti kerja tu memang la ada...cuma yg buat aku bertahan semua jaga Abd Md Noor dengan baik..dan itu la pun tujuan utama amik maid...bertukar  maid bukan sebab cabut lari tapi ...2 atau 3 tahun  kontrak....dan kawin yg kompom aku terpaksa cari baru...dan yg last ni sebab tak balik hanya kerana passport di sorokkan olih sang suami..aiyyaaaa..penin la kapla...aku redha dan pasrah kerana ini la kali pertama hadapi situasi maid tak balik ....ikut hati nak jer pencen cepat tapi ada beberapa perancangan yg ingin di atur tahun 2014  yg membuatkan aku terpaksa amik yg baru...kalau setakat cari maid...Abg Md  Noor selalu ada rezeki cuma yg boring dan terkejut sikit prosidur imigresen yg tak benarkan majikan urusan permit kerja sendiri ..mesti melalui ejen..kuatkuasa mulai 1.10 2013..alahaiiiii zalim bebenor gamaknya...dan paling lah terkejut monkey aku,..kos melalui ejen hampir memcecah RM12K..mang aiiiii.....so n so n so.....terpaksa la cari jalan lain....yg kini hanya tinggal 2 minggu sajer untuk masuk tahun 2014......


Tuesday, December 3, 2013

BerGymba Gymba...
































masa family day ari tu tak le sempat nak menjengukkan diri ke dalam GYM ni...so bila dapat kesempatan  baru-baru apa lagi berjimba-jimba la kami dua beranak....macam nak  eksesais jer...konon la tu...

Monday, December 2, 2013

Cuti - cuti malaysia..alahaiiiii dokek ajer ...PEE DEE pun jadilaaaaa....

BEST WESTERN RESORT Pasir Panjang PD..3 hari 2 malam..

Studio Room yg ada dua single beds...

First day..bawa bekalan ...macam biasa sardin mesti ada ma..

En Hubby sedang manggan..

Me n Hubby

me n Fiza

Abg Md Noor sedang beradu...

my room number... bLok A Tingkat 4 Room 27
Me ..Abg Md Noor n Fiza..
Cuti…cuti..cuti lagi. . dah jadi kebiasaaan kami g holiday hujung tahun...Fikir punya fikir, ke manakah  mahu di bawa  insan2 tersayang berehat dan seterusnya meraikan hari ulang tahun perkahwinan kami yg ke 29 baru2 ni...secara kebetulan  Abg Md Noor sakit mata....dan secara kebetulan ada plak voucher yg dapat masa family day ari tu..kat PD....dah expired tapi cuba nasib ..dah lupa dah sebenarnya kes voucher tu....tapi tuptup geng kat PD sound bila nak cuti....tanya dan selepas buat surat tunjuksebab berjaya la akhirnya dengan izin ALLAH..kami pun berempat g la lepak kat Best Western Resort Pasir Panjang PeeDEE...selama 3 ari  2 malam tu...nak jejalan2 sangat tak le coz Abg Md Noor sakit mata...jadi sempat la jenguk jap kat area dekat2 sajer dengan resort tu ...tapi happy sangat sebab dapat la tenguk dan ziarah  beberapa tempat di sekitar pasir panjang dan pengkalan kempas...jadi la dari tak jalan langsung...apa2 pun bila nak tinggal berempat dia ok gak...privacy sikit....hehehehe...

Monday, November 25, 2013

Afghan...Padamu Ku Bersujud...

Kumenatap dalam kelam
tiada yang bisa kulihat
selain hanya namaMu, ya Allah

Esok ataukah nanti
ampuni semua salahku
lindungi aku dari
segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hambaMu yang selalu bertaubat

Ampuniku ya Allah
yang sering melupakanMu
saat Kau limpahkan karuniaMu
dalam sunyi aku bersujud

~{}~

Esok ataukah nanti
ampuni semua salahku
lindungi aku dari
segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hambaMu yang selalu bertaubat

Ampuniku ya Allah
yang sering melupakanMu
saat Kau limpahkan karuniaMu
dalam sunyi aku bersujud

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hambaMu yang selalu bertaubat

Ampuniku ya Allah
yang sering melupakanMu
saat Kau limpahkan karuniaMu
dalam sunyi aku bersujud
padaMu

Friday, November 22, 2013

Still about Ammar..

   



Berikut adalah catatan Almarhum pada wall FB beliau:


"Tidak beriman seseorang kamu selagi mana dia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri" HR Bukhari


Gambar ini ditangkap di sebuah hospital yg menjadi tempat aku menginap ketika berada di Syria pd 29 September lepas. Waktu ini,aku duduk termenung beberapa ketika sehinggakan tak sedar mata sudah bergenang dgn air mata. Sungguh aku berasa sebak dan pilu setelah berbual ringkas dgn seorang pak cik yang melayan kami ketika berada di situ. Pak Cik itu sentiasa tersenyum ketika berbicara dgn kami tapi aku dapat rasakan sesuatu dari pandangan matanya. Lalu tanpa ditanya beliau menceritakan yang dua anak perempuannya yang lebih kurang sebaya aku telah syahid akibat terkena letupan bom tentera Asad tidak lama yang lalu. İnnalillahI wa inna ilaihi rajiun, barulah aku mengerti rupanya pandangan itu merupakan pandangan penuh rindu seorang ayah kepada anaknya. Aku dilayannya seperti anaknya sendiri. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Bermula saat itu aku mulai sedar dan memasang tekad sebagai saudara se-Islam aku harus keluar dari zon selesa untuk membantu saudaraku yang menderita di bumi Syam ini.

Sungguh hatiku tertinggal di Bumi Syam!


(***catatan ini telah Almarhum nukilkan di FB pd 14 Okt lalu, hampir 3 minggu sebelum kembali ke pangkuan rahmat Ilahi...)


-- Nur Azlina (Ibu Arwah Ammar)..
 
..tak tau kenapa..aku dah jadi macam addicted plak nak baca more about Ammar...walaupun tak pernah jumpa tapi setiap kali baca apa2 statement pasal dia..sure hati ini ..berdenyut2...sayu...begitu kuat aura arwah ammar ni...kesannya masih terasa setiapkali bila nenguk video tentang dia..tu kita yg tiada kaitan flesh n blood....agaknya macamana la rasa sang ibu...sang bapa...walaupun redhah tapi kerinduan tentu membuak2....kalau aku diberi peluang untuk hadir bersama2 sewaktu arwah di makamkan di turki..tentu lebeh hebat perasaan ini...Ya ..buat Ahmad Ammar Ahmad Azam..semoga arwah tenang disana..
Al-Fatihah..