Translate
Monday, October 29, 2012
Gara-gara Odit Fail Meja di tunda...Wallaaaaa....
kalau ikut jadual besok ...30.12.2012....sampai la giliran Bahagian PIH untuk di odit Fail Meja dan MPK semua kakitangan....termasuk big boss....punya la haru kami kena updatekan FailMeja masing sehingga ke last minit tadi...tup tup di tunda ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak...pe lagi macam2 reaksi la yg aku terima bila saja aku maklumkan pada geng2 ..ada yahoo...ada tersenyum...ada yg relax jer coz dah siap...dan ada yg lega [ kira aku la tu coz baru siap kan Fail Meja 2 staff bawahan ...dan ada juga yg mengeluh ....coz punya put full effort nak yiapkan nya...nak buat cam nerr coz kalau ikut aku ...aku nak turn aku skip jer..hahahahah....maaf la kekawan....staff yg patut datang besok ada terlibat dgn mesyuarat lain..minuman untuk mereka pun dah oderrr...so the moral of the storyyy ada masa la ma untuk touch up Fail Meja den...hehehehe Wallaaaaa..
Friday, October 26, 2012
after meeting all my Siblings yesterday...my love became more stronger than ever for them..well we are getting older..sayang banget sama kamoooo..
Kenangan masa lalu...Family video collections from my dear bro from singapore
nothing much that i can say...after looking some of the videos..i really miss some of the peoples in that video especially my dad..my bro n some of my nephews...n most of them had grown up....hemmm cepat nya masa berlalu...
Tuesday, October 23, 2012
Acara bermaaf2an semasa wukuf di Arafah..
masih teringat lagi sewaktu g haji 2oo7 dulu setelah selesai Doa arafah dan... Selepas mengucapkan 'Amin' apabila selesai membaca surah al-
Khutbah Terakhir Rasulullah s.a.w Untuk Peringatan Kita Semua
Semoga kita sama-sama renung dan hayati kembali – Khutbah Terakhir Nabi Muhammad s.a.w.
Khutbah terakhir Rasulullah SAW
Ketika Rasulullah s.a.w mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu ialah:
“Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
“Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang”.
“Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil”.
“Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
“Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.
“Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
“Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur’an dan Sunnahku.
“Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu.”
Zahiruddin
Salam Eidul Adha...Maaf Zahir dan Bathin..
seperti biasa kami sambut raya di Puchong jer..alhamdullillah tahun en hubby masuk saham korban kat surau..next year turn ibu pula dan seterusnya abg md noor dan fiza insyaallah...walaupun hari raya haji...tapi juadah tetap maintan sama macam raya puasa...buat santapan keluarga tersayang dan sapa2 jer la yg nyinggah ke teratak kami...pe pun SELAMAT HARI RAYA HAJI...buat semua..MAAF ZAHIR DN BATHIN
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)






