Translate
Thursday, March 21, 2013
redha dan sabar ..Allah permudahkan segala urusan
Nak kata stress...tak jugak...nak kata sedeh tak jugaakkk..mungkin terkilan sikit kot..tis few days agak worried juga dengan dugaan yg Allah bagi....nak ajer dengar en hubby kaba....ek u option ajer la..tapi..nak buat macam ..he still want a companian g keje...alhamdullillah ...ada juga jalan untuk nyelesaikannya...so off to kuantan today till next tuesday and hopefully by wednesday settle la..insyaallah....aminnnnnnnnnnnnnnnn
Sunday, March 3, 2013
Fiza new toy..Hadiah Cabutan Bertuah..NO 204..Rezeki di AGM Puspanita DVS 2013
Tak sangka plak...rezeki nak dapat basikal sempena AGM Puspanita DVS 2013....pada last friday..hehehehe mulanya pagi tu me n my fren kami sempat g majlis bacaan yassin bulanan di surau MOA ..dan agak lewat g daftar ke AGM tu...macam biasa no cabutan bertuah aku memang jarang dapat hit hadiah2 yg utama..so buat bodoh jer la bila tiap kali no member 2 yg lain naik...tetiba last call...nombor cabutan no 204 di umumkan dan aku memenangi hadiah utama ,..sebuah basikal yg dihadiahkan olih my gud fren YH.Dato; Dr Ibrahim Che Embong..my TKP n Pengerusi Kesuvet...memang la my dotter dok ingin sangat basikal baru coz yg lama dah tak le nak naik lagi..dapat pulak bike ni pergh..apa lagi melompat giler keriangan la si Fiza..apa2 pun syukur kepada Allah SWT atas kurniaanNYa..amin..
Monday, February 25, 2013
Cirit Birit- Penyebab dan penyembuh
Cirit-birit berlaku apabila pembuangan air besar adalah cair dan berair hingga tiga atau lebih kali sehari, atau keadaan yang tidak normal bagi seseorang individu. Cirit-birit adalah masalah biasa, dan dalam kebanyakan kes, ia boleh berlarutan selama 2 hingga 3 hari. Cirit-birit boleh disembuhkan dengan ubat tanpa preskripsi. Cirit-birit biasanya tidak teruk, dan berhenti dengan cepat tanpa banyak komplikasi dalam kalangan dewasa. Bagaimanapun, ini tidak bermakna kes cirit-birit yang serius adalah mustahil, dan janganlah mengabaikan gejala atau tanda serius yang mungkin timbul.
Cirit-birit biasanya adalah satu tanda jangkitan gastrousus, yang boleh berpunca daripada pelbagai sebab, termasuk:
- Makanan dan minuman yang tidak bersih – dicemari bakteria, dan kuman lain.
- Makanan yang tidak dimasak dengan betul, seperti daging, makanan laut, atau produk tenusu (telur) yang tidak dimasak dengan betul.
- Makanan yang tidak disimpan dengan kaedah yang betul, seperti susu atau makanan sudah dimasak.
Ubat seperti antibiotik, yang membunuh bakteria baik dan bakteria jahat, menyebabkan ketidakseimbangan mikroflora dalam usus sehingga mengakibatkan cirit-birit.
Penyakit yang boleh menjejaskan perut, usus kecil, atau kolon seperti penyakit Crohn’s dan sindrom iritasi usus (IBS).
Cirit-birit tidak bermakna anda tidak boleh makan apa-apa sepanjang masa 24 jam pertama. Anda perlu berhati-hati dengan apa yang anda makan, dan mengelakkan jenis makanan tertentu. Makan makanan tawar seperti nasi kosong atau bubur, kentang rebus atau lenyek, pisang, roti bakar dan biskut tawar.
Untuk merawat ciri-birit, anda perlu menggantikan bendalir dan garam yang hilang. Minum banyak air kosong, atau minuman lain seperti jus buah-buahan tulen. Dalam kes cirit-birit sederhana hingga teruk, rumusan elektrolit, seperti rumusan rehidrasi oral atau minuman isotonik hendaklah diambil.
petikan daro blog MUMMYNEMO
petikan daro blog MUMMYNEMO
Sunday, February 24, 2013
Susu Badan...Alahai Si POlan...
Monday, February 18, 2013
Onn Mansor dalam memori ..Tiada kata-kata yang dapat mereda redam hati, melunak rasa apatah lagi menahan deru air mata.
Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un (إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ) i
....hiba...tak tau la...sampai la ni air mata masih mengalir..memang terkejut sungguh tetiba dah hampir 5 minit aku komen gambar idin...tanpa aku perasan org yg aku sangka sedang baca status aku...sebab nama nya di tagkan dalam status FB rupaka dah meninggal ..pg tadi tanpa ku ketahui..Baru semalam aku surf FB dan tenguk gambar2 yg di tagkan pada aku..seperti biasa arwah sering dan wajib tagkan apa sajer gambar Idin untuk aku sama2 menikmati photo2 anaknya..
Onn Mansor...my junior kat sekolah SMSNS Kuala Pilah...yg la ni STJ...sirahtulrahim terjalin di FB lantaran kami punyai anak yg sama ...anak yg istemewa..kami sama2 doakan kesejahteraan untuk anak2 kami..tak pernah jumpa arwah tapi macam dah kenal lama jer...pernah sekali arwah meminta sumbangan kerusi roda untuk Idin..dengan senang hati aku hulur sekadar yg mampu..dah janji akan singgah ke puchong jika di izinkan Allah SWT...masih tak percaya tapi itu la hakikatnya..Allah lebeh sayangkan beliau..
Friday, February 1, 2013
Blooper.....
minta someone to snapkan photo ni..dia tertekan rekod ...hahahahaha ..bila tenguk balik dah jadi macam robot plak kami berdua....ape2 pun tima kasih la pada si perakam..ada juga video kenangan..hahahahaha
Hari Wilayah..Satu pagi yang indah..
Hari Wilayah....1.2.2013...teman en hubby untuk majlis ' Istiadat Pengurniaan Pingat ' di Istana Negara Jalan Duta..yg selama ni asalkan lalu simpang di Jalan Duta dok jeling2 hujung mata ajer..ye la tempat larangan dan eksklusif ...tahniah kepada yang tersayang Hj Abd.Razak Bin Mohd Elias...luv u..
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)

